Tuesday, June 21, 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah



Assalamualaikum. Meh layan menu lunch Mas semalam....First time makan angel hair ni, terus jatuh hati.....sedapppp ...abang pun suka....maceh pada Kak Nor yang mempromot sakan suruh Mas mencuba. Maceh kak.....lapp u.....untuk resepi angel hair kali ni, Mas ikut resepi Zaliedana, Angel Hair Goreng Pedas Berempah yang resepi asalnya dari Kak Nor iaitu Makaroni Goreng Pedas Berempah........perhhh..sedappp.....maceh ct atas resepi yang best tu...letak cajun memang bestkan....ijahhh...dah beli cajun ke belum...kikikiki

Angel Hair Goreng Pedas Berempah
Resepi : Kak Nor
Sumber olahan : Zaliedana
Bahan:
  • 1/2 paket angel hair
  • 1 kpg dada ayam -  dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih -  diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) *
  • 1/2 batang carrot *
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air rebusan angel hair
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
  • daun sup

Cara memasak :
  1. Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
  4. Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  5. Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  6. Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  7. Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  8. Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan angel hair yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka angel hasir yg kering)
  9. Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  10. Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment