Tuesday, June 14, 2011

Puding Karamel Pisang



Assalamualaikum. Fuuhhh...penatt juga ...panas2 gini best kan dapat makan dessert yang sejuuukkkk. Jadi meh layan Puding Karamel Pisang ni. Memang bercadang nak buat bila ternampak kat Kongsi Resepi. Jadi bila ada lebihan pisang masa Mas buat kek pisang semalam, terus Mas godek2 buat Puding Karamel Pisang lak. Saspen juga masa nak makan puding ni. Hmmm...sedappppp tau...pisang tu tak terasa sangat....cuma puding ni tak selicin puding karamel biasa tu....gabungan pisang dalam karamel ni pada Mas sedapp dan serasi....boleh dicuba untuk penggemar puding karamel yang nak kan kelainan....maceh pada Kak Nuri yang sudi berkongsi resepi Puding Karamel Pisang ni. 

Puding Karamel Pisang 
Sumber :  Kongsi Resepi

Bahan karamel :
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Bahan Puding :
12 biji pisang Abu/Nipah - Mas guna 4 biji pisang berangan
3 keping roti - buang tepi dia yg kaler gelap
2 cawan santan
2 1/2 tbsp gula pasir
3 tbsp susu pekat/krimer manis
3 biji telur Gred B
1 tsp esen vanila



Cara membuat karamel : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Untuk membuat puding :Kupas kulit pisang dan buang empelurnya iaitu bahagian dalam pisang yg warna agak gelap tu, kemudian carik2kn roti.
Masukkan semua bahan puding ke dalam blender dan blend hingga halus.
Tuang adunan yg sudah diblend ke dalam loyang karamel..
Kukus puding selama 30minit @ hingga puding masak. Sebelum kukus, tutup loyang ngn aluminium foil. Akak x tutup sbb aluminium foil dh abis.. x beli lg. Klau x tutup ngn aluminium foil, balut penutup kukusan ngn kain bersih.
Bila dh masak, angkat dan sejukkan.. Biar betul2 sejuk baru terbalikkan atas pinggan @ bekas. Sebelum terbalikkan, amik pisau pemotong kek, lalukan di tepi puding untuk longgarkan puding dari loyang.
Sedapp dimakan sejuk2 dari freeze....nyamannn...


No comments:

Post a Comment