Saturday, June 18, 2011

Cheese Tart Lagi



Assalamualaikum. Selamat berhari minggu buat semua. Selamat Hari bapa buat semua bapa2 didunia. Juga Selamat Hari bapa buat suami Mas....ayah, bapa mertua dan adik Mas......tahniah kerana menjadi bapa yang hebat......
Ari ni tak gi pasar tani...dok kat rumah jerk sebab abang keje...jadi pagi2 gini, meh layan Cheese Tart yang entah berapa kali dah Mas buat. Sangat sedappp dan menjadi peberet family Mas. Cuma kali ni Cheese Tart agak comot sikit sebab ada lelehan cheese tu...dah bakar baru perasan.....hmmm.....hentam jerk la......janji sedappp kan......untuk yang nak tahu teknik lorekan atas cheese tart, boleh lihat DISINI yerk...cikgu HaSue boleh berikan penerangan dengan jelas tentang cara lorekan tu...Mas pun belajar dari HaSue juga....maceh Sue.....

Cheese Tart 
Resepi : Kak Azita
Sumber : MasDuniaku dan HaSue
Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.
  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yg gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.



No comments:

Post a Comment