Thursday, June 9, 2011

Terima Kasih HaSue, Kak Ummi dan Resepi Kurma Ayam


Assalamualaikum. Pagi ni mengutipp bunga hadiah dari HaSue dan Kak Ummi dan juga meh layan Kurma Ayam menu lunch anak2 Mas semalam. 




Sekuntum Rose Biru ni hadiah dari meh HaSue, baru sempat kutip pagi ni. Tahniah Sue atas  follow I Love My Life yang dah mencecah 1000 lebihh....moga blog kau makin mantapp dan sukses dengan resepi2 dan tips2 yang best2...aku suka ngan petua2 dari kau....buat aku makin mudaaa jerk....kikikiki



Sejambak bunga yang cantik ni datangnya dari Home Sweet Home iaitu Kak Ummi. Salah seorang sifu yang sentiasa berkongsi resepi2 yang best2...Tahniah Kak Ummi atas follow akak yang dah 3002 tu....moga akak terus sukses dalam dunia blogging ni. 


Meh layan lak Kurma Ayam, menu lunch anak2 semalam. Suka betoi bebudak ngan kurma ayam ni, sampai malam pun ulang makan lagi. Malam tu cuma tambah telur dadar jerk la...untuk tambahan ayam yang tinggak 3 ketoi tu...lagi pun malam2 anak2 jerk yang makan nasi, Mas dah lunch petang tu...memang tak makan dah malamnya, cuma minum susu jerk....he..he...
Mas suka masak kurma @ masak lemak menggunakan santan kotak..pada Mas cantik pekat jerk kuahnya nanti...lagi pun petua untuk mendapatkan kurma yang cantik pekat, masa menunis tu, kena tumis dengan api perlahan sampai pecah minyak dan sentiasa mengacau bahan2 tu supaya tak hangit...dan santan kene pekat...baru menjadi kurma tu. Jadi...meh layan resepi kurma ayam cara Mas. ..

Kurma Ayam
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong2, dilumur dengan sedikit garam dan kunyit
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia  - dikisar
  • 1 paket rempah kurma  - dikisar bersama2 bahan2 kisar lain
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kotak santan pekat - 200 ml
  • 1 cawan cair - boleh adjust ikut nak kuah macam mana
  • 2 biji kentang - kupas dan dibelah 4
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • sebiji dua cili merah @ hijau jika suka - dibelah
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 kiub ayam 
Cara Memasak :
  1. Goreng ayam separuh masak, angkat, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau dan sentiasa kacau supaya tak hangit, sehingga pecah minyak .
  3. Masukkan santan dan gaul rata. Biarkan sebentar.
  4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan juga kentang, biar kurma tu reneh hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat.
  5. Masukkan bawang besar dan cili yang dibelah 2 jika suka dan seimbangkan rasa dan pastikan ubi kentang lembut baru boleh tutup api.
  6. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment