Assalamualaikum. Layan Sosej Roll lak untuk minum petang dan bekal Ain ngan Daniel. Bebudak berdua tu suka sangat kalau Mas buat roti sosej gini. Memang berhajat nak buat masa nampak Kak Anim tayang ari tu...cuma asyik bertangguh jerk...alhamdudillah..ari ni dah buat....lembut gebu jerk sosej roll ni tau..sedapppppp....dapat juga gunakan 1/2 adunan lagi untuk dibuat roti sosej ala2 pizza ....jadi dah ada 2 jenis roti untuk petang ni...Alhamdudillah...kata Kak Anim resepi diambik dari Che Mat Gebu. Maceh pada CMG dan Kak Anim....ada sape yang nak roti 2 ni...sila angkat tangan....he..he..kasi Mas nampak tau....
Sosej Roll
Resepi : Che Mat Gebu
Sumber : Kak Anim
Bahan :
- 250 gram tepung roti (high protein flour)
- 50 gram gula halus @ gula kastor
- 1/2 camca teh garam halus
- 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
- 1/4 camca teh bread improver
- 1/4 camca teh bread softerner
- 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
- 6 gram instant yeast
- 20 g mentega
- 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
- 14 batang sosej "Ayamas"
- Bijan untuk hiasan
Cara Membuatnya :
- Untuk Doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
- KAEDAH LAIN : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
- Untuk Sosej Roll : Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
- Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..
No comments:
Post a Comment