Assalamualaikum. Hmmm..Tart Telur lagi kan. Asal beli puff pastry..mesti nak buat tart telur....lagi pun tart telur ni memang laku kat rumah Mas ni. Anak2 sekali makan mesti 2 ke 3 biji....mak bapaknya....hmmm....cer teka...kikikiki
Untuk Tart Telur sebelum ni, boleh lihat DISINI yerk. Lagi pun kalau buat sendiri....berbaloi...1 adunan boleh dapat banyak dan modalnya berapa jerk....baru puas makan kan. Untuk Tart Telur yang tak menggunakan puff pastry, boleh tengok resepinya DISINI. Ikut selera masing2 nak versi mana.
Tart Telur
Resepi : zkinda mz@myresepi.com
Sumber : MasDuniaku
Bahan Untuk Crush :
- 1 paket puff pastry
Bahan filling :
- 1 cawan susu cair @ susu segar
- 4 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan air
- 1 tbs tapung kastard
- ½ tsp vanilla essence
Cara membuatnya :
- Untuk buat crust : Ambik sekeping puff pastry dan tekan2 puff pastry ke dalam bekas tart @ pie. Sekeping puff pastry tu boleh dapat 2 biji tart telur.
- Cara buat filling : Pukul gula dan telur.
- Masukkan semua bahan filling yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati. Kemudian Mas tapis dulu adunan filling ni baru tuang ke dalam bekas tart yang telah diletakkan doh tadi.
- Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan puff pastry tadi.
- Bakar dalam oven dengan api atas bawah. Linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
- Mas bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.
- Selamat menjamu selera!
No comments:
Post a Comment