Assalamualaikum. Jom layan Yogurt Steam CC @ Apam Yogurt lak. Dah ramai yang menerai apam ni, Mas jerk yang tertinggal keretapi...kikikiki...dan macam yang dikatakan...apam ni ringan jerk...sedapp dimakan begitu ajer.....
Maceh pada Kak Rima yang sudi berkongsi apam yang best ni. Sangat sesuai untuk sebarang majlis @ kenduri kendara....sesuai juga dijadikan buat tangan....lagi pun nak membuatnya pun senang jerk...janji betul cara membuatnya...cantik mekar la apam tu...Biasanya untuk mendapatkan apam yang mekar macam ni memang kena masuk dalam paper cup barulah ia akan mekar sejambak. Tapi kena pastikan juga kukusan tu betul2 panas dan airnya benar2 telah mendidih dan dikukus dengan api yang kuat dan yang penting juga...tudung pengukus tu kena dibalut dengan kain supaya air wap tak menitis atas apam tu......Apam ni Mas buat petang semalam, bak kata rezeki bebudak...lepas Mas kukus dan lepas apam ni penat berposing....Ain ngan Daniel dah naik dari taman main depan rumah lak....Mas kasi bebudak tu makan ngan kawan2 diaorang...berebut2 lak pulak...kikikiki...kira dah licin habis menjamu bebudak tu.....Tukang buat ni marasa 2 ke 3 ketoi jerk....kikikiki...janji merasa kan...
Jadi meh layan bahan2nya lak....simple jerk...
Yogurt Steam CC @ Apam Yogurt
Resepi : Kak Rima
Bahan :
- 2 cawan gula castor *kurangkan
- 1 sdt ovallete
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan yogurt asli
- 2 biji telur
- 1/2 sdt double action baking powder
- 1 sdt serbuk koko
- 1 sdt pes coklat
Cara membuatnya :
- Campur semua bahan di atas dalam mixer.
- Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
- Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
- Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
- Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
- Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi. Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
- Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup.
Nota :
- *Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan
- *Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
- Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.
No comments:
Post a Comment