Monday, May 16, 2011

Apam Pisang Coklat dimarblekan



Assalamualaikum. Mengapam lagi kan. Ni gara2 kesian tengok pisang berangan yang dah masak ranum tu tergolek jer berpasangan. Tak tahu lak nak buat apa, jadi Mas pun godek2 kat Myresepi mencari resepi berasaskan pisang, terjumpa lak resepi Apam Pisang Coklat ni, tengok bahan2 biasa2 jerk...tapi macam tertarik untuk mencuba resepi Apam Pisang Coklat ni. Jadi Mas pun terus buat untuk minum petang. Tapi kan, tetiba jerk terpikir untuk memarblekan apam ni sebab Mas tak nak kuat sangat rasa coklat tu...nanti kurang lak rasa pisang kan...jadi Mas pikir, adunan apam pisang coklat tu dipicit atas apam pisang yg plain tu jerk...dan Mas sajerk masukkan dalam paper cup untuk mendapatkan apam yang senyummm....


Dan hasillnya......jengg....jenggg....saspen tau masa nak buka tudung pengukus tu...macam2 yang Mas pikir tentang rupa apam pisang ni nanti.....kikikiki....tak de la teruk sangat rupanya....cuma apam pisang tak mekar sangat ...rasanya sebab Mas picitkan sikit kot adunan apam pisang coklat ni atas adunan apam pisang tu...lain kali kalau nak buat, Mas rasa elok masukkan 1/2 sukatan adunan apam dalam paper cup dan picitkan adunan coklat tu lagi 1/2....baru seimbang kot...masa nak picitkan adunan apam pisang coklat tu...masukkan muncung piping beg tu dalam adunan pisang tadi, jadi adunan apam pisang coklat akan masuk kedalam adunan apam pisang plain. Ada pahamm ka...he..he...
Dan hasilnya...Apam Pisang Coklat ni sangattt lembut dan gebuu...rasanya ini lah apam pisang yang paling best yang Mas pernah buat. Maceh pada Noorana yang sudi berkongsi resepi Apam Pisang Coklat yang sangattttt best, lembut dan sedappp ni....
Tuan tanah pun nak kluar dah ni...sila2 la layan diri yerk..sape yang nak apam pisang ni...ambik sorang satu jer tau....kikiki

Apam Pisang Coklat
Resepi : Noorana
Diubahsuai oleh : MasDuniaku

Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum - diayak 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat - diayak
  • 1 sudu teh baking powder - diayak
  • 2 sudu makan serbuk koko - Mas letak 1 sudu jer untuk suku adunan 
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan pisang - dilecek
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang - Mas letak 1 1/4 cawan jerk gula halus biasa 
  • 2 biji telur - dipukul
  • 2 sudu besar air - Mas tambah sebab adunan nampak pekat

Cara membuatnya :
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. 
  2. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 
  3. Satukan garam, pisang yang dilenyek, minyak masak, gula dan telur yang telah dipukul dalam bekas lain dan sebatikan. Tuang kedalam bahan2 yang diayak tadi dan sebatikan, Mas tambah 2 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat. Mas kacau dengan whisk. Mas cedokkan suku adunan dan sebatikan dengan 1 sudu besar serbuk coklat dan masukkan dalam piping beg. 
  4. Masukkan dalam acuan kecil ( Mas paipkan adunan apam pisang yang plain ke dalam paper cup yang dimasukkan dalam acuan lompang dan kemudian baru paipkan adunan apam pisang coklat atasnya ) Boleh juga cedok guna sudu......dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 
  5. Tutup tudung pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas apam  semasa mengukus dan untuk dapatkan apam yang mekar, kukus dengan api yang kuat.



No comments:

Post a Comment