Roti.....roti.....Roti lagi yerk....hmm....layan jerk Sweet Potato Bread yang Mas buat tadi untuk bekal Ain ngan Daniel ari ni. Lagi pun elok kan anak2 bawa bekal roti, berkhasiat dan mengeyangkan. Sebenarnya tak plan pun nak meroti ari ni, tapi disebabkan nak menghabiskan keledek rebus baki dari buat Mee Jawa ari tu, Mas godek2 kat Myresepi mencari resepi keledek, nak buat keria, berapa biji jerk yg dapat...jadi Mas pun terjumpa resepi Sweet Potato Bread ni, wahhhh...tak sia2 mencuba...roti keledek ni sanggaattttt lembutttt gebuuuu bak kapassss.....rasa seronok sangat...rasanya ala2 roti kentang juga, cuma terasa manis keledek tu....sedappppp. Roti ni tetap lembut gebu walaupun dah sejuk....
Sweet Potato Bread
Resepi asal : Tulip77@myresepi.com
Bahan :
- 300g tepung gandum
- 3 sudu kecil emplex @ bread softener
- 2 sudu kecil bread improver
- 3 sudu kecil yis segera
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar butter - Mas letak marjerin
- 60 gram ubi keledek - direbus & di lenyek baru timbang
- 2 sudu besar susu tepung - Mas tak letak
- 4 sudu besar gula halus
- 1 biji telur - pukul sikit - simpan sedikit kuning telur untuk disapu atas roti
- 130 ml air sejuk - Mas letak susu segar sejuk
Inti Kastard :
- 3/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat inti kastard :
- Satukan susu segar, tepung kastard dan gula dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masak menggunakan api perlahan hingga sos kastard pekat. ( sentiasa kacau menggunakan whisk ) Masukkan butter dan esen vanila dan sebatikan, apabila butter cair dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas paip..
Cara membuat bun roti :
- Masukkan tepung gandum,emplex @ bread softener,bread improver dan yis segera ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata. Kemudian masukkan gula, susu tepung dan ubi keledek. Gaulkan biar sebati.
- Masukkan pula butter, telur dan garam. Gaul lagi supaya bahan semua sekata. Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli. Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit. Jika terkurang air boleh masukkan sikit demi sedikit.
- Jika anda uli menggunakan bread maker, skip step 1 & 2 masukkan semua sekali bahan dan uli hingga jadi doh yg licin.
- Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dengan cling film selama 40 minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
- Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 20g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelak dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40 minit.
- Sapukan telur ke atas roti dan paipkan sedikit adunan kastard. banyak pun tak mengapa sebab kastard tak meleleh turun masa bakar nanti.
- Bakar pada suhu 180C dengan api atas bawah selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan roti nampak perang.
- Simpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan roti mengeras sebab terkena angin.
No comments:
Post a Comment