Assalamualaikum. Ni la Roti Sardin yang Mas buat pada malam Jumaat lepas, untuk bun burger Roti sardin ni, Mas guna Soft Tender Burger Bun yang Mas postkan semalam. Wahhh...sedappp tau roti sardin ni. Dah lama perap resepi roti sardin Kak Nor ni. Sangat best dan sesuai dimakan bila2 masa, sesuai juga untuk bekal anak2 kesekolah.
Untuk roti sardin ni, Mas tambah sosej omelete dalamnya dan selitkan sedikit cheese.....hmmmm...sedapppp...jangan marah yerk cikgu anak murid derhaka sikit...anak2 Mas ni kalau letak sardin saje, diaorang kurang gemar sikit. Boleh juga lihat roti sardin Kak Nor ni DISINI juga. Maceh pada Kak Nor kerana sudi kongsi resepi roti sardin yang best ni.....muaaahhhhhh. Resepi2 dari Kak Nor memang sangat best...Mas suka....
Roti Sardin
Resepi : Secubit Garam - Kak Nor
Bahan :
- 10 biji bun burger
- 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
- 1 labu bawang besar ~ didadukan
- 1 bj cili merah ~ dicincang
- 1 sudu besar jus limau nipis
- 2 biji telur
- minyakn - Mas guna butter
Untuk inti :
- Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
- Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
- Padamkan api dan kacau hingga sebati.
- Ketepikan.
Cara membuatnya :
- Potong dua bun burger.
- Toreh bahagian tengah tapi jangan sampai tembus ke belakang
- Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
- Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat la sehinga habis.
- Celup dalam telur yang dah dikocok hingga sebati di bahagian yang dimasukkan inti tadi sahaja.
- Goreng dalam pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak. Mas guna butter.
- Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yang digoreng.
- Untuk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
- Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Nota :
No comments:
Post a Comment