Monday, May 2, 2011

Donut Pesona



Assalamualaikum. Donut lagi kan.....masa jejalan kat dapur Kak CT, ternampak Donut Pesona ni, jadi teringin lak nak mencuba. Jadi Mas try buat semalam. Wahhhh...sangat sedappp la donut pesona ni....macam namanya...sangat mempesona bila makan donut ni....lembut gebu dan ada rasa rangup sikit luarnya.....sedappp wehhhh.....tak sedar dah banyak ketoi masuk mulut. Untuk Ain ngan Daniel, Mas letak topping coklat putih...suka bebenor bebudak tu...untuk Mas jerk donut tu disalut ngan gula. Jadi untuk penggemar donut...Mas syorkan...try la buat donut ni...donut yang sangat sedapppp...lembut gebu jerk......kalau dah makan sebiji...mesti nak makan lagi...resepi asal dari Donut@myresepi.com. Maceh pada tuan resepi dan Kak CT....Mas sekeluarga suka sangat ngan donut ni. Tetap lembut walaupun dah sejukkk.

Donut Pesona
Resepi asal : Donut@myresepi.com
Bahan ( 20 biji sederhana saiz ) :
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu besar gula halus
  • 11 gram yis kering - 1 paket
  • 2 sudu besar air
  • 3/4 cawan susu cair - Mas letak susu segar
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar marjerin @ mentega - Mas letak marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 titik esen vanila - jika suka - Mas letak
  • 1 titik esen ros - jika suka - Mas tak letak
  • 1 1/4 sudu teh pelembut bio bostan - Mas letak bread improver

Cara membuat donut :
  1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUTCampur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
  3. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
  4. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  5. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
  6. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  7. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

Cara Mas :
  1. Mas ikut langkah pertama iaitu Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit @ hingga yis kembang.
  2. Mas masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker dan tuang larutan yis tadi. Biarkan breadmaker menguli dan hingga doh naik dan kemudian Mas ikut langkah 4 dan seterusnya. 
Nota :
  • adunan donut ni agak lembik sikit yerk walaupun Mas ikut resepi tanpa derhaka..tapi tak pe sebab masih boleh dibentuk dengan senangnya. 
  • Mas putar2 tengah donut tu masa menggoreng supaya lubang donut tak tenggelam. 

No comments:

Post a Comment