Assalamualaikum. Bersiaran dipagi sabtu...cuti sekolah pun dah bermula...mesti macam2 aktiviti yang akan berjalan kan. Hmmmmm..pepagi lagi Mas menayang Puding Roti Karamel yang sangat best ni. Tengok Izahdaut dok tayang Puding Roti Karamel ari tu, jadi teringat lak kesedapan puding roti tu.....Mas pernah buat sebelum ni DISINI. Memang sangat best puding roti ni...halus jerk rasanya bila masuk mulut....sedapppppp....resepi puding roti ni asalnya dari Kak Rosaliza dan telah diubah suai oleh Kak Dayang. Daniel suka sangat ngan puding roti ni....berselera betoi tengok dia makan....sangat best dimakan ketika sejuk selepas dikeluarkan dari freeze...nyamannn jerk rasanya....
Puding Roti Berkaramel
Resepi asal : Kak Rosaliza
Diubahsuai : Kak Dayang
Bahan :
Untuk Karamel :
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 cawan air panas
Cara membuatnya :
- Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
- Kacau segera supaya tidak berketul.
- Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.
Bahan Puding :
- 3 keping roti sandwic - disiat-siat
- 1/2 cawan air suam
- 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara membuatnya :
- Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati.
- Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
- Tuangkan ke dalam karamel tadi.
- Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
- Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
- Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
- Seeloknyapuding roti ni dibiarkan semalaman dalam freeze ( tunggu dulu puding roti tu sejuk baru masukkan dalam freeze tau ) , bila nak makan baru terbalikkan dan dimakan....
- Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang @ malam anda.
- Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang sebagai dessert.....nak membuat pun senang kan.
- Selamat mencuba........
No comments:
Post a Comment