Friday, May 13, 2011

Donat Labu Manis


           

Alhamdudillah...akhirnya dah boleh update resepi balik....nak meroyan gak bila sehari suntuk tak boleh mengomen dan update blog kan.....last2 pagi tadi keluar balik 2 resepi Mas yang hilang semalam...tapi komen2 lak hilanggg...maaf la yerk untuk semua yang memberi komen pada resepi Asam Pedas Keli ngan Roti Labu tu...Mas hargai semua komen2 tu.....lagi pun masalah komen hilang ni berlaku pada semua blog kan...mungkin kesan dari upgrade yang dilakukan oleh blogger.com tu.
Donut Labu Manis ni Mas buat pagi semalam untuk bekal anak2, ada juga bahagian untuk jiran merasa. Kira puas juga Mas sekeluarga makan untuk 1/2 adunan yang Mas buat tu. Resepi Donat Labu Manis ni Mas dapat hasil skondeng kat Myresepi, resepi dari Kak Besah. Memang lembut gebu tau Donut Labu ni, sedapp sangat bila menguyahnya sampai termakan sampai 4 biji...weehhh...kalau Mas makan 4 biji..kira banyak tu.....he..he...
Pagi tadi pun dapat juga abang buat sarapan sebelum gi kerja, kiranya walaupun difrozen, Donut Labu ni tetap lembut gebu.....memang best......

Donut Labu Manis
Bahan ( 55 biji ) :
  • 1 kg tepung gandum
  • 11/2 peket yis segera mauripan (jumlah berat = 16g)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu makan garam
  • 300 gm labu yg telah direbus empuk
  • 3 biji telur besar
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 cawan rata majerin 
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut
Cara membuatnya :
  1. Gaul rata tepung, susu dan yis. 
  2. Blend telur dan gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam dan majerin, blend hingga sebati.
  3. campurkan bahan2 yang diblend tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi satu doh yang kenyal, lembut dan licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi ) 
  4. Biar doh mengembang lebih kurang 1 jam
  5. Pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
  6. Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
  7. Bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula castor.

Resepi untuk 1/2 adunan yang Mas buat :
Bahan ( 30 biji ) :
  • 500 g tepung gandum
  • 1 sudu besar membumbung yis segera mauripan 
  • 1/4 sudu makan garam
  • 150 gm labu yg telah direbus empuk
  • 1 1/2 biji telur besar
  • 1/4 cawan gula 
  • 1/2 cawan rata majerin
  • 3 sudu besar air suam - Mas tambah
  • 3 sudu besar susu segar suam - Mas tambah susu segar sebab tak letak susu tepung, jika letak susu tepung, masukkan 6 sudu besar air suam ( sila letak sedikit2 yerk air suam @ susu suam ni hingga mendapat adunan yang lembut dan licin sebab setiap orang cara membuatnya tak sama, jadi sukatan air ni mungkin lebih @ kurang bergantung pada induvidu) 
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut

Cara Mas menggunakan BreadMaker :
  1. Masukkan tepung gandum dan yis kedalam bread maker.
  2. Blend telur dan gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. Masukkan garam dan majerin, blend hingga sebati.
  3. Tuang bahan2 yang diblend tadi ke dalam BM yang telah diletakkan tepung gandum dan yis tadi dan tekan butang Bread Dough no7 ( BM Cosway ) dan tekan OK, biarkan BM menguli adunan tadi dan Mas tambah air suam dan susu suam sedikit2 semasa BM menguli adunan hingga adunan kelihatan lembut dan licin, ( Mas tambah 6 sudu kecil air sebab adunan nampak kurang air, keras dan kering ) baru Mas biarkan hingga BM selesai menguli dan adunan naik.
  4. Tumbuk2 untuk buang angin dan bentukkan bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung.
  5. Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
  6. Bila telah keperangan, angkat dan tos kan donat. Semasa masih suam2 golek2kan dengan gula castor.

No comments:

Post a Comment