Wednesday, May 25, 2011

Donut Ball (pandan)



Assalamualaikum. Bersiaran lagi dengan mood hijauuuuu.....kikikiki...menerai Donut Ball (pandan) lak untuk bekal Ain ngan Daniel ari ni. Sangat best tau donut ni...lembut gebu jerk.....suka betoi menggigit donut ni....Mas buat 2 versi , 1/2 disalut ngan gula dan 1/2 lagi Mas toppingkan donut ni ngan coklat untuk anak2. Resepi datangnya dari Izahdaut yang menayangkannya semalam....tergoda dibuatnya....Alhamdudillah, Mas dah merasa Donut Ball Pandan resepi Kak Dayang ni...terbaikkk...maceh pada Kak Dayang dan maceh juga pada Izahdaut yang berjaya menggoda Mas menerai Donut Ball pandan ni......untuk peminat donut, Mas cadangkan untuk menerai donut ni...nak membuatnya pun tak mengambil masa lama...tak payah tunggu adunan naik selepas diuli....dan Mas kongsikan disini...donut ball ni akan mengembang lagi semasa menggoreng...jadi buatlah bulat2 comei..jadi masa menggoreng, donut ni akan mengembang lagi...jadi akan mendapat bebola donut yang sedang2 jerk saiznya......selamat mencuba......

Donut Ball (pandan)

Bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran
Cara membuatnya :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.



No comments:

Post a Comment