Wednesday, May 4, 2011

Ayam Sos Plum



Assalamualaikum. Untuk lunch Ain ngan Daniel semalam, try buat Ayam Sos Plum lak. Tengok kat esbox, ada dada ayam jerk..jadi Mas terpikir sedap gak masak sos plum sebab ada ternampak Kak Nor masak ari tu, tapi Kak Nor letak mangga muda dan agak kering sikit ayam tu, tengok lak resepi asal iaitu dari Diana, berkuah sikit, Diana letak nenas lak, jadi Mas pun terpaksa derhaka gak sebab nenas ngan mangga memang tak de, Mas letak kentang jerk.... dan Mas kisar bahan2 A untuk dapatkan kuah yang pekat dan Mas perap dada ayam yang dipotong2 tu dengan lada putih dan garam dan salutkan dengan tepung jagung dan digoreng kejap. Hasilnya.....sedappppp tau...suka anak2 Mas makan....Alhamdudillah...

Ayam Sos Plum
Resepi olahan : Mas Duniaku

Bahan:
  • dada ayam - dipotong kecil
  • sedikit lada putih, garam dan tepung jagung
  • 3 biji kentang - potong dan goreng kejap
Bahan A :
  • 5 ulas bawang merah -  dikisar
  • 3 ulas bawang putih -  dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 3 biji cili merah - dikisar
Bahan B:
  • 3 sudu besar sos plum -  Mas guna brand life
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ayam

Cara memasak :
  1. Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.


No comments:

Post a Comment