Monday, May 16, 2011

Kue Teow Goreng



Assalamualaikum. Meh layan Kue Teow Goreng untuk sarapan pagi ni. Hari cuti gini, seronok bersarapan ramai2. Mesti ramai yang keluar jejalan kan ari ni, Mas pun rasanya keluar gak jejalan kejapp lagi...kebetulan abang pun off ari ni....yesss...tak de la terperap kat rumah. Selamat bercuti juga buat semua.....

Kue Teow Goreng
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 paket kue teow 
  • 2 biji telur -  dipukul sedikit
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • udang secukupnya
  • sedikit isi ayam
  • sambal tumis - ikut pedas
  • kuchai secukupnya - cuci dan kerat2
  • 2 camca besar kicap manis
  • taugeh secukupnya
  • Sos ikan secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan juga ayam dan udang, kacau rata. Masukkan kicap manis, sos tiram,kacau dan tambah kue teow. Sebatikan.
  2. Tolak kue teow ke tepi kuali, masukkan telur dan bila telur sedikit mengeras, kacau rata dan sebatikan dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa dan masukkan kuchai dan kacau lagi.
  3. Akhir sekali tambah taugeh tadi, gaul pantas dan matikan api. Gunakan api besar masa menggoreng yerk. Rasakan kue teow dan jika ok, boleh matikan api. Boleh diletak telur mata lembu atasnya jika suka .
  4. Sedapp juga dimakan dengan cili jeruk @ cili kicap.....


No comments:

Post a Comment