Monday, May 9, 2011

Talapia Goreng Rangup Dengan Sambal Bunga Kantan



Assalamualaikum. N3 pagi selasa, layan Talapia Goreng Rangup Dengan Sambal Bunga Kantan lak. Perhhh...best betul sambal bunga kantan ni, sedappp....ni first time tau Mas makan sambal bunga kantan, memang kene ngan ikan talapia goreng tu...serasi bersama...he..he...Resepi asal dari Along Roz. Ari tu tengok Kak Nor buat Talapia Goreng Rangup Dengan Sambal Bunga Kantan, jadi teringin lak, lepas tu Norsha lak buat ....tergoda lagi, jadi bila dah jumpa talapia segar, terus Mas beli. Memang best masak talapia gini, selalunya Mas buat masak lemak jerk....

Talapia Goreng Rangup Dengan Sambal Bunga Kantan
Bahan :
  • 1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan talapia
  • Tepung Jagung
  • Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
  • 2 biji Cili Merah*
  • 2 biji Cili Hijau*
  • 1/2 biji Bawang Besar*
  • 2 ulas Bawang Putih*
  • 1 batang Serai*
  • 1 btg Bunga Kantan* (* blender)
  • 1 Tomato - potong2
  • 1/2 biji Bwg Besar - hiris
  • 1 biji Limau Kasturi
  • Garam
Cara membuatnya :
  1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz)
  2. RAtakan garam atas ikan.
  3. Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
  4. Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
  5. Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
  6. Alihkan ikan & masak bahagian yang sebelah lagi.
  7. Hidangkan dalam pinggan.
Cara membuat sambal :
  1. Panaskan minyak & tumis bahan2 yang di blender.
  2. Masukkan garam, bawang hiris & tomato.
  3. Masak sebentar sehingga bawang layu.
  4. Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

No comments:

Post a Comment