Wednesday, May 18, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers dan Sambal Nanas HSH



Assalamualaikum. Ni la Ayam Panggang Ala Kenny Rogers yang Mas buat semalam untuk dimakan dengan Nasi Mandhi yang Mas postkan semalam. Memang best tau apalagi dicicah dengan Sambal Nanas Kak Ummi ni...perhhhh...sedapp tau...kalau tak caya...cer tanya kak hana..kikiki...dan Mas buat juga kurma telur untuk lengkapkan hidangan lunch semalam...biasa la kan, anak2 ni mesti nak berkuah.....tak sempat lak nak buat dalca macam Kak Ummi tu...he..he...sebenarnya Ayam Panggang Ala Kenny Rogers ni dah 3 ke 4 kali dah Mas buat...sedap tau...boleh tengok kat SINI untuk Ayam Panggang Ala Kenny Rogers yang Mas buat sebelum ni.

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Bahan :
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan2 untuk perap ayam : 
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil) - Mas tak letak
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara memasak :
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam) Mas perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. ) Kali ni akak makan dengan nasi Mandhi...hehehe

Sambal Nanas HSH

Bahan :
  • 5 tangkai cili merah - buang biji dan potong kasar
  • 1/4 biji nenas madu - ambil empulur lembut sekali, potong kecil2
  • 2 inci belacan yang dibakar
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam kasar secukup rasa
  • sedikit air untuk kisar

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap.
  2. Kemudian masukkan nenas yang dipotong2 tadi dan kisar lagi...jangan terlalu halus.
  3. Seimbangkan rasa, dah hidang dengan nasi Mandhi, nasi minyak or nasi tomato pun sedap.





No comments:

Post a Comment