Meroti lagi dihari minggu...Nampak CMG buat semalam, rasa teringin jerk...memang berniat nak buat masa Ros n3 kan resepi Bun Gula Merah ari tu, cuma asyik bertangguh jerk, bila tengok pinggan jiran dah banyak hari kat dapur tu, baik Mas buat Bun Gula Merah ni untuk pulangkan balik pinggan tu, lagi pun ari ni tak kemana2...jadi boring gak..baik meroti, dapat juga makan roti untuk minum petang. Memang best tau Bun Gula Merah ni, lembut gebu jerk..bau wangi gula merah tu semerbak jerk masa dibakar. Maceh pada Ros yang sentiasa berkongsi pelbagai resepi roti yang sangat best.
Bun Gula Merah
Resepi asal : Bukan Sekadar Masakan - Ros
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan - CMG
Bahan ( untuk doh roti) :
- 550gram tepung roti
- 70ml air gula merah
- 2 sudu besar susu tepung@skim milk
- 3 sudu besar gula
- 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
- 2 sudu besar butter@marjerin
- 130ml susu suam@air suam
- 6gram yis atau 2 sudu kecil yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 4 sudu besar water roux boleh diganti dengan bread softner atau bread improver
- sedikit coklat rice sebagai hiasan - Mas tabur gula
Untuk bancuhan gula merah :
- Ambil 40 gram gula merah, dimasak dengan 140 ml air dan masukan juga sehelai daun pandan yang disimpul, masak sehingga mendidih, angkat dan sejukkan sebentar, sukat air gula merah tadi sebanyak 70 ml.
Untuk gliss dan topping :
- Baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air +beberapa titik madu dan taburkan dengan coklat rice @ gula pasir.
Cara membuat doh roti :
- Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM): Masukkan semua bahan Doh, kecuali colat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan : Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
- Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda.
- Ros bahagikan doh tadi pada dua bahagian, satu bahagian ros campurkan dengan coklat rice dan uli sehingga semuanya sebati, akhir sekali gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan coklat rice , bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
- Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment