Assalamualaikum. Sape suka Ayam percik sila angkat kaki....kikikiki....ni menu hari yang sama Mas buat Asam Pedas Daging tu...Ayam Goreng Percik Berkuah ni Mas buat untuk Ain ngan Daniel...bebudak tu memang tak layan asam pedas...rupanya Ayam Goreng Percik Berkuah ni sedapp tau..senang lak membuatnya...suka bebenor bebudak tu makan. Untuk resepi ni ada yang Mas derhakakan....Mas tukar santan tu dengan susu cair....tetap sedappp...tengok kat Myresepi, ramai gak yang dah mencubanya termasuk Kak Nor....
Maceh pada tuan resepi Ayam Goreng Percik Berkuah ni iaitu Oshin yang sudi berkongsi resepi ayam yang best ni. Untuk resepi Ayam Goreng Percik Berkuah ni Mas buat 1/2 ekor jerk..jadi kena pandai agak2 bahan2nya tu yerk...cili tu Mas tak letak banyak sangat sebab budak2 tak tahan pedas dan susu cair tu pun Mas letak 1/2 cawan jerk....selamat mencuba yerk.....sedappp Ayam Goreng Percik Berkuah...
Ayam Goreng Percik Berkuah
Resepi : Oshin@myresepi.com
Bahan ( 6 - 8 orang makan ) :
Bahan A
- 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
Bahan B ( dikisar ) :
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 15 tangkai cili kering - dikisar ( ikut pedas )
Bahan C :
- 1 biji kelapa - diambil santannya (Mas letak susu cair)
- 2 batang serai - dititik
- asam keping - 4-5 keping
- gula dan garam secukup rasa
- 1/2 kiub ayam - Mas tambah
Cara memasak :
- Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan.
- Kemudian tumiskan bahan2 kisar ( Bahan B ) hingga wangi
- Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang dititik dan tumiskan hingga naik minyak
- Masukkan santan, ayam goreng, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Letakkan 1/2 kiub ayam. Kacau sebati.
- Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment