Tuesday, May 17, 2011

Pisang Goreng Rangup



Assalamualaikum. Bersiaran awal sikit sebab kejap lagi nak keluar bawa Daniel gi klinik...demam lak hero Mas sorang tu....jadi layan dulu yerk Pisang Goreng Rangup yang Mas goreng petang semalam, sajerk n3 kan Pisang Goreng Rangup ni sebab tepung yang Mas guna tu hasil dari resepi Roti Goreng Rangup dari HaSue. Memang sangat sedapp pisang goreng ni, ranguppp jerk dan wangi tau. Abang pun siap tanya nape pisang goreng ni wangi...hhmmm..mungkin sebab marjerin yang dicampur dalam tepung tu...pisang ni Mas guna pisang awak yang masak..baru best digoreng...manisss jerk rasanya...nampak tak pisang tu macam berkilat2 sebab air pisang tu yang keluar masa menggoreng....wehh..sedapp tau bila pisang ni dikunyah.....ranguppp...manis pisang tu keluar macam berair sikit masa menguyah.....sedappp....

Pisang Goreng Rangup
Ubahsuai : MasDuniaku

Bahan :
  • seikat pisang awak
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula ( gula bukan nak bagi perasa tapi nak bagi kuih sedikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara memasak :
  1. Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air(guna whisk lagi senang) warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Buang kulit pisang awak dan belah dua.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
  4. Celupkan pisang tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan dengan api sederhana. Saya suka sedikit hangus,lagi rangup! 


No comments:

Post a Comment