Sunday, May 15, 2011

Orange Yogurt Cake



Orange Yogurt Cake dah sampai sini lak....tak tahan lak nengok Orange Yogurt Cake Izahdaut tu. Nampak sangat sedapppp...dan bila dah rasa sendiri kek ni....hhmmm..memang sedappp, terasa kelainannya sebab ada yogurt dalam kek ni.....moisttt jerk....
Mas dapat buat 1/2 adunan jerk sebab yogurt ada sebekas jerk...bila disukat, dapat 1/2 cawan jerk.....tengok resepi yogurt tu nak 1 cawan, jadi buat lah 1/2 adunan...sebab dah tak sabar nak merasa kek ni...kira puaas juga untuk 3 mulut nak makan, ada simpan sikit untuk abang merasa. Resepi ni bermula dari Kak Ummi iaitu Lemon Yogurt Cake dan telah diderhakakan oleh Ijahdaut menjadi Orange Yogurt Cake.....Che Mat Gebu pun buat dan derhakakan menjadikan Lemon Yogurt Cake ni Manggo Yogurt Cake. Resepi asal dari Food Network. Tadi pun dah nampak Kak Yat pun dah buat Lemon Yogurt Cake ni .

Orange Yogurt Cake
Resepi asal : Food Network.
Terjemahan dan ubah : Izah Muffin Lover - Izahdaut

Bahan :
  • 1 1/2 cwn tepung serbaguna @ tepung gandum
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 cwn plain yogurt
  • 1 cwn gula *  kurangkan sikit
  • 3 biji telur A * saya guna 3 1/2  biji M size
  • 2 teaspoons parutan lemon *saya guna orange
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/2 cwn minyak sayur * Mas ikut Izah ganti mentega cair
  • 1 sudu besar orange sunquick * Mas ikut Izah tambah
  • 1/3 cwn jus lemon diperah * saya guna perahan oren
  • 1/3 cwn gula
For the glaze: * Mas dan Izah tak buat
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar lemon perah
Cara membuatnya :
  1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
  2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
  3. Dalam mangkuk yg lain satukan yogurt, 1 cwn gula, telur, parutan orange dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
  4. Perlahan2 masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. * yang ni saya tukar cara. Saya masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau sehingga bahan2 sebati.
  5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 minyak ke dalam adunan tadi. Pastikan semuanya sebati. 
  6. Bakar adunan selama 50 minit.
  7. Sementara itu, masak 1/3 jus orange bersama 1/3 cwn gula sehingga gula hancur. Ketepikan.
  8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian perlahan2 letakkan kek di atas baking rak. 
  9. Sementara kek suam, tuang adunan orange dan gula tadi ke atas kek dan biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment