Friday, May 20, 2011

Bingka Labu



Assalamualaikum. Bersiaran dipagi sabtu....ari cuti2 gini mesti ada macam2 perancangan kan, hmmm....Mas pun nak kluar gak kejapp lagi....gi jejalan mencuci mata...kikikiki.....
Ari tu  Mas beli labu lagi gara2 nak menerai Bingka Labu ni. Makcik Izahdaut tu dok promot sakan pasal Bingka Labu yang katanya sangat sedapppp..nampak HaSue pun dah try baru2 ni. Semalam pun Mas nampak Kak Nazrah pun buat bingka labu. Maceh makcik sebab promot sakan Bingka Labu ni kat aku....memang sangat sedapppp....lembut jer bingka ni...sedap terasa lemak2 manis labu dan santan tu....cuma bingka ni nampak tak kemas kan bila dipotong.....sebabnya....Mas dah tak sabar2 nak tunggu sejuk...suam2 bingka labu ni dah kene potong.....kikiki....sedappp wehhh makan masa suam...maceh pada tuan resepi Bingka Labu ni iaitu sifu kita....Mat Gebu....sedappp bangat bingka ni....

Bingka Labu
Sumber : HaSueIzahdaut dan Kak Zana
Bahan :
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)- Mas ikut HaSue guna 200ml pati santan + 100ml susu sejat
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara membuatnya :
  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. Masukkan labu manis yamg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. Tabur bijan atas adunan bingka tadi sebelum dibakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment