Assalamualaikum. Nampak Muffin Coklat tu......he..he..baru jerk lepas buat tadi, untuk bekal Ain ngan Daniel ari ni. Alhamdudillah, setelah menambah ilmu memapin ni ngan Kak Nor, HaSue ngan Izahdaut....boleh kira lulus la mapin yang Mas buat ni kan...cuma tak menggunung tinggi macam HaSue buat semalam jerk...tak pe..boleh buat lagi kan..kikiki...
Sebenarnya muffin cup ni Mas dah beli dalam 2 minggu lebih dah..masa mula2 beli tu memang terus buat mapin coklat ni....maklom la semangat sebab akhirnya jumpa juga muffin cup yang bercorak ni.....lepas Mas bako mapin ni....mapin Mas tak menggunung tinggi tapi meleleh keluar dari muffin cup ni..jadi senget benget lak....rasanya dah cukupp sedapppp...huhuhu...terus malas memapin...itu yang guna masa buat roti....bila nampak mek sue buat mapin lagi semalam..jadi teringin lak...terus tanya kat Kak Nor, HaSue ngan Izahdaut....Alhamdudillah.....rasanya kalau buat lagi lepas ni..cantik kot mapin Mas....kikiki...ayat pujuk diri sendiri tu....
Tentang muffin cup ni, ada yang bertanya Mas mana Mas beli, jadi Mas ceritakan kat sini yerk...pada Mas muffin cup ni tak dijual disemua kedai...Mas pun merata2 juga mencari muffin cup ni, akhirnya Mas jumpa muffin cup kat pasaraya Jaya Glocer kat Empire Shopping Gallery, Subang Jaya....sukanya bila dah jumpa muffin cup yang diidamkan......nasib baik tak berjoget kat situ.....kikiki...baru2 ni Mas ada juga nampak muffin cup ni kat Hero Bakery. Jadi untuk sesiapa yang mencari2 muffin cup bercorak ni. bolehlah mencari kat tempat yang Mas cakapkan tu. Berbalik pada Muffin Coklat Kak Yani ni...sangat sedappp tau...Ain ngan Daniel suka sangat...tengok respon kat Myresepi...mapin ni mendapat sambutan hangat tau...ramai bebenar yang dah mencubanya.....
Muffin Coklat
Resepi : Kak Yani@myresepi.com
Sumber : I Love My Life - HaSue
- 200g coklat masakan
- 70g mentega
- 2 biji telur
- 50g gula halus
- 60g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- almond nibs secukupnya (optional)
Cara membuatnya :
- Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler". Mas masukkan dalam microware jerk. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
- Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
- Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
- Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
- Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
- Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
No comments:
Post a Comment